Thursday, December 31, 2009

aktiviti di pagi new year, berYM dengan kingkongku


HAPPY NEW YEAR GUYS!
;)


elok korang bersuka-ria dekat luar sana. haa. aku dok uma rileks jekk.. buat ape taw..
YM bersama kingkong kuhhh!! muahahaha. nyanyi lagu cinta antara kita sama-sama. tapi last-last kingkong merajuk taknak nyanyi lagi dah. sebab dia kata aku main tipuu.. tak nyanyi betul-betul. nowadays kawan-kawan, king kong dah pandai menyanyi dan reti nak merajuk oke? hahahahahaha. encik kingkong, saya nyanyi betul-betul oke. cume semput. tak bole nak nyanyi tang chorus tuu.. tang chorus tuu i failed. hahahaha..

tapi ape pun.. seronok sey.. ym dengan menatang kingkong nih. macam- macam aje dia nak merepek... muahahah..

p/s: i love you king kong ;)

LAWAK BANGLA

One day, there is an American, one Italian, a Malaysian and a Bangladeshi travel around on a private helicopter. After about one hour travelling, the American take out his cigarette ( Dunhill ) lighted it up and start smoking after two sip, he throw the balance of the cigarette. The others three persons surprise and ask " Why didn't you finish-up the cigarette before throwing ? " He reply arrogantly " there is a lot of cigarette in my country". Half an hour later the Italian take a bottle of branded perfume and apply on him and the rest he throw out of the window. The other three persons was surprised and ask " Why did you throw away the perfume ? ". The Italian reply also "there is alot of perfume in my country" . The Malaysian don't know what to do suddenly push that Bangladeshi out of the helicopter. The other two person was shouted crazyly " Why did you push him !!!!!!!?????? " . The Malaysian say slowly "There is a lot of Bangladeshi in my country ". Everybody keep quite and stay away from the Malaysian....

>> petik dari blog orang. hahaha. gila shewngal doe! ;)

Thursday, December 24, 2009

nak 'potong' atau tidak?



oke. hari ni bole dikatakan aku sgt hebat. sebab aku paling awal bangun antara semua yang ada kat rumah.. oke! haha. (cehh. gila bangga bangun awl, pdhal baru sekali.) hahahaa. ala. tak heran lah ape korg nak kata. janji aku bangun awal harini. ;)

hmm. bangun2 jea, ternampak muka bdk chomel dekat cermin. (tibe2 hati berkata)hisy. chomelnya bdk nih. chomel gila.... eh, lah, patot lah chomel. engatkan sape lah tadi. aku kan mmg chomel. ngehngehngeh. (busuk gila perangai, puji diri sendiri.) ala, kalau aku tak puji diri sendiri sape lagi nak puji kan kan? hahaha. hmm.. harini bangun2 jeh aku tatap muka aku dekat depan cermin. lama jugak lah tenung cermin yang ade depan aku time tuh. tatap muka sendiri. gila takde keje kan kan? hahahaha. aku sebenarnya tengok rambut aku yang semakin panjang nih. tapi kan, rambut aku sebelah panjang,sebelah pendek. ekekeke. aku sengaje gunting sendiri sebelah lagi bagi pendek dua minggu lepas. sajo den nak toraiiii pesyen baru.

hmmm. tiba-tiba terdetik plak lah hatiku.. (aisey, terdetik gituh.. sastera gila ayat kaw sera. haha) sama ada nak gunting rambut atau tidak. nak ku gunting, rasa macam sayang. nak ku bela, rasa rimas pulak. yela, sebab dah biase pendekkan rambut, sejak masuk kampus nih. hmm. tapi kalau tak dibela panjang, takot rambut ni merajuk pulak nanti. taknak panjang-panjang, macam tuuu jelah pendeknya sampai ke sudah. tapi aku dah selesa sgt dengan rambut pendek! haihh... dilemma. dilemma. dilemma.

persoalannya kat sini nak gunting atau tidak ye?
sila kawan-kawan bagi idea.
a) gunting
b) bia aje panjang..

Tuesday, December 22, 2009

TIJAH... TIJAHH...

first time tijah dapat bercinta dengan orang putih. tetapi tijah terpakse meninggalkan boyfriend nye. sebab tijah tak mahu diduakan. jadi tijah pun mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan boyfriendnya.
Dia tak sanggup bertemu dengan boyfriendnya lalu dia pun mengutus surat…surat tu berbunyi begini... hehehehe

Dear,
My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!!My Friend speak you play three wood.

Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i live….Safe live……

LOVE TIJAH.


;)
~~ape punya tijah. nk bercinta ngan orang putih aje. tapi language, hancus.. hancuss.. hancus... hahahaha

PEMBOHONG!

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...

*****quiz******

mengapakah isteri Samad ditampar oleh robot?
haaa... lu pkir lah sendiri..

hahaha.

;)

Monday, December 21, 2009

jom check apakah warna korang? ;)

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

23 hingga 1hb Disember
Merah
2 hingga 11hb Januari
Oren
12 hingga 24hb Januari
Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari
Merah jambu
4 hingga 8hb Februari
Biru
9 hingga 18hb Februari
Hijau
19 hingga 28hb Februari
Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac
Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac
Lime
21hb Mac
Hitam
22 hingga 31hb Mac
Ungu
1 hingga 10hb April
Biru
11 hingga 20hb April
Perak
21 hingga 30hb April
Putih
2 hingga 14hb Mei
Biru
15 hingga 24hb Mei
Emas
25 hingga 3hb Jun
Krim
4 hingga13hb Jun
Kelabu
14 hingga 23hb Jun
Maroon
24hb Jun
Kelabu
25 hingga 4hb Julai
Merah
5 hingga 14hb Julai
Oren
15 hingga 25hb Julai
Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos
Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos
Biru
14 hingga 23hb Ogos
Hijau
24hb Ogos 2hb September
Perang
3 hingga 12hb September
Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September
Lime
23hb September
Olive
24hb September hingga 3hb Oktober
Ungu
4 hingga 13 Oktober
Biru
14 hingga 23hb Oktober
Perak
24hb Oktober hingga 11hb November
Putih
12 hingga 21hb November
Emas
22hb November hingga 1hb Disember
Krim
2 hingga 11hb Disember
Kelabu
12 hingga 21hb Disember
Maroon
22hb Disember
Teal Merah

Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu
punya ramai teman.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang disekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.

Perak
ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walaubagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati sidia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

RED AND WHITE!






jam sekarang menunjukkan pukul 10:33 mlm. angin sekarang, sepoi-sepoi bahase mintak aku mendapatkan katil, teddy, bantal dan gemokku. melayang-layang fikiran aku sekarang ni. bila aku dah naik katil, maka bergolek-golek lah aku untuk mencari mood tidur. tapi sayangnya.. nak ku tidur tapi mata aku taknak pejam. jadi, bila mata dah tak mampu nak melayan, maka terupdate lah blog aku nih. heee~~

blog.. blog.. ape lah yang aku nak merepek merapu meraban dekat kau kali ni ye..
hmmm.. fikir sera..fikirkann... *terus memikirkan sesuatu*
tiba-tiba... plingggggg...(kuar lampu mentol yang menyala kat atas kepale)

sekarang ni. tetiba aku memikirkan hal akak imal yang kawin 12/12 kak jb haritu. tak sangka. sanggup jugak aku ke jb semata-mata nak pergi kenduri kawin akak imal... hahahaha. seronok ke jb. ;) oke, aku bukan nak cerita pasal jb, sebabnya, aku pun tak sempat melawat jb tuh. aku sbnrnya nk bercerita tentang tema kahwin. yela, cuti ni ramai betul orang yang kahwin. tetiap minggu ade jek jemputan yang aku terima. ehh..bukan aku yang terima, bapak aku yang terima sebenarnya.. ehehehhe..

citer pasal kahwin nih.. macam-macam tema warna ade. ade warna biru, oren, puteh, pink, coklat. huhh.. macam-macam lahh.. bila aku tengok orang kahwin., aku tetiba plak terpikir.. ape warna tema aku nanti agaknya yew? hahaha

*pikir...pikir..pikir.. dan pikir..
memandangkan favourite color aku adalah merah dan putih.
aku rase warna yang akan jadi pilihan aku ialahhh.......

MERAH DAN PUTIH!

mari kita tengok ape maksud warna MERAH:

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

lihat pula apa maksud warna PUTIH:

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

maksud warna merah dan putih ni agak bersamaan sedikitlah dengan sikap aku. yep. memang aku garang, dengan sesiapa yang tak kenal aku lah. tapi sesiapa yang dah kenal aku. mesti kata aku periang. hahaha. *bajet-bajet jeh haku nih*
hmmmm. tapi kann.. kann.. bila dah ada boyfren, rasenya terserlah kot sikap aku yang ada pada maksud warna putih. iaitu CEMBURU! yep, aku memang kuat cemburu. so beware lah kepada sesiapa yang bakal menjadi "tteeeeetttt" aku. hahaha. cuma kalaw jelous tuu tak payah nak tunjuk sangat lah. nanti buat malu sendiri aje. hahaha.

oke. balek pada cerita asal. warna merah dan putih menjadi pilihan sebab itu warna kesukaan aku. ;)selain itu, aku nak ros putih dan ros merah menjadi hiasan masa wedding day nanti. tiba-tiba kann. rasa tak sabar plak aku nak naik pelamin. hahaha. takpe, tunggu dah berkerjaya, kerja tetap, dah cukup duit nak kahwin, dah ada rumah, dah ada kereta sendiri. ape lagi.. kahwin lahh.. hahahaha.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SEMUA YANG BAKAL BERSANDING MAHUPUN YANG BARU
BERSANDING. SEMOGA KEKAL BAHAGIA HENDAKNYA!

;)

Sunday, December 20, 2009

sila berkenalan dengan kawan-kawan saya. ;)


< dugong a.k.a sabby >


< mentatak mentatu a.k.a abg pian >


< kucing a.k.a keyla *meoww >


< lipas a.k.a seed @ sakat @ is>


< lembu a.k.a diela anuar >


< badak a.k.a bunny >


< kingkong a.k.a imal >

MEREKA BETUL-BETUL KAWAN SAYA TAWWW
hahaha. kelakar. tah macam mana masing-masing bole dapat nama ini. tak kene langsung ngan diri masing-masing. tapi melekat betul panggilan ini.. awesome. korunk awesome tang menganjing-nganjing nih.. huhuhu

;)

angin rumah lain sgt lah.

Angin kat rumah tak sama macam kat kampus. eh. yeke tak sama? mcm sama jek. sama panas. hahaha. hmm.. oke. oke. maksudnya..... kat kampus tuu lain. environment dgn kawan-kawan. kalau kat rumah plak dengan family. tak tahu lah kenapa, tapi rasa macam sekarang ni susah nk duduk rumah lama-lama. bila dh duduk dekat kampus rasa macam payah pulak nak duduk dekat rumah lama-lama. pdhal orang kata. RUMAHKU SYURGAKU. tapi dah macam tak senang duduk dah kat rumah. yelah. mana tak nya, kene buat keje rumah. OUHHH... TIDAKKK!! perkara paling tidak disukai. tapi nk kata apa. dah nama pun anak perempuan. kene lah buat keje-keje tuh semua. kalau aku tak buat sape lagi nk buat kan?

Kalau kat kampus tuu, bukan aku sorg je kene kemas bilik. dalam bilik ade 4org. so, empat2 kene kemas bilik sama-sama. tu pun bilik kecik jek. beza betul kalau balik uma. semua nak kene buat, sapu rumah aku, mop rumah aku jugak. beza kebesaran rumah dgn bilik kat kampus,,haiii. bukan main lagi.. tuu yang tak larat tuh. pastuh kalaw nak basuh baju pun, basuh baju sendiri je. tayah nak basuh baju satu family. kalaw nak lipat baju pun sama. takde lah banyak sgt.. tapi kalau dah namanya anak perempuan. nak taknak kene hadap jugak keje rumah ni.PEREMPUAN LAH KATAKAN.

;)

my hero. KING KONG!






ini haiwan kegemaran saya. ouh. tidakku sangka-sangka saya akan menyukai haiwan ini. hehehehe.
dulu kalaw tengok jek menatang ni, mcm takde perasaan aje. sekarang ni tak menang tgk kingkong. kalaw dia ada dekat depan mata. mesti akan ditenung oleh saya. sekarang ni, kingkong haiwan belaan saya. mimpi jela nk bela kingkong nih*
hmmm.. terigat dulu. asal sebut kingkong jek msti org kata besar, ganas, suka naik angin. tapi berbeza gila dengan kingkong saya. kingkong saya, terbalik dengan perangai kingkong yang sebenar. kingkong saya kecik jek. kurus. tak ganas malah manja lagi adalah. lagisatuh dia paling susah nak naik angin. haaa.. pelik kan kawan2? *dh mcm bercerita untuk kanak2 plak. hahaha

hmm... tapi tuu lah hakikatnya. kingkong saya sangat bijak. haa.. penah ke korang dengar kingkong bijak? hehehe. kingkong saya bijak memahami saya. kadang-kadang tuu sampai dia tahulah apa yang saya fikir.. apa yang saya suka. apa yang saya tak suka. apa yang saya perlukan. semuanya dia tahu. kingkong saya jugak pandai buat saya terharuu.. saya selalu terharu dengan tindakan dia. tapi kingkong saya paling suka buat saya tergelak. gelak sampai bole pecah perut kadang-kadang tu. haa.. mcm mana. hebat kan kingkong saya? hehehe. YOU ARE THE BEST KINGKONG I EVER HAVE.*big hugs*

Friday, December 18, 2009

nk dekat sama. tp tak sama. lebih kurang aje.

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'vavi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.
7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
8. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
9. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
10. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

petik dri nora pny blog. hahaha. lawak seyh statement2 ats nih nora.