Saturday, June 12, 2010

cara memanfaatkan dress wedding bekas isteri

SEORANG suami yang kecewa menjadi sensasi Internet apabila dia bertindak balas terhadap isteri yang meninggalkannya dengan menggunakan pakaian pengantin wanita itu untuk dijadikan pelbagai kegunaan harian. Kevin Cotter begitu hampa apabila isterinya meninggalkannya selepas berkahwin selama 12 tahun. Wanita itu mengambil semua barang miliknya ketika keluar dari rumah mereka, kecuali pakaian pengantinnya. Apabila Cotter mendesak dia mengambil pakaian itu bersamanya, isterinya berkata, dia boleh lakukan apa saja yang dimahukan pada pakaian berkenaan.Dan selepas membiarkan pakaian sutera itu di rak biliknya di Tucson, Arizona selama beberapa bulan, Cotter mula bertindak.Dia melancarkan laman web dengan nama ‘Pakaian Pengantin Bekas Isteri Saya,’ dan berusaha menggariskan 101 kegunaan untuk pakaian itu.


Setakat ini, dia sudah berjaya menyenaraikan 23 kegunaan, dari menjadikannya alas untuk senaman yoga hingga ke penapis pasta. Dia turut menggunakan pakaian sutera itu sebagai pembungkus ais, tali skip dan sepanduk sukan. Dengan topeng Darth Vader, Cotter juga membuat orang-orang menggunakan pakaian pengantin itu.


Projek ini seolah-olah dapat mengubati kekecewaan saya. Tidak ada yang senang atau menyeronokkan mengenai perceraian. Saya akan berkongsi pengalaman saya dan pada masa sama menghiburkan diri dengan mereka beberapa kegunaan kreatif daripada pakaian ini.” Cotter mengaku kecewa apabila isterinya yang dikenali sejak di bangku sekolah lagi mengambil keputusan meninggalkannya Julai lalu.


Wanita itu memberitahunya, cintanya pada Cotter sudah tidak wujud lagi dan dia mahu hidup bersendirian.


“Dia mengambil semua barangnya, kecuali kotak mengandungi baju pengantinnya yang terletak di rak tengah almari pakaian kami. Dia memberitahu, “saya tidak mahu mengambilnya.” Dan apabila saya bertanya apa yang saya perlu lakukan dengannya, dia menjawab, “suka hati kamu.” Dengan bantuan beberapa kawan, dia membuka laman web, myexwifesweddingdress.com bagi menyenaraikan pelbagai kegunaan untuk pakaian berkenaan.


Dia mengaku isterinya, yang tidak disebutkan namanya, tidak gembira mengenai tindakannya. Tetapi Cotter enggan menutup laman web itu. Dia sudah menarik ratusan ribu kunjungan dan muncul dalam sebuah rancangan televisyen Amerika Syarikat, Inside Edition.


Isterinya berkata: “Saya mendoakan kebahagiaan Cotter dan berharap dia mendapatkan kaunseling mengenai cara untuk menangani kemarahannya. Tindakannya itu dengan sokongan keluarganya, walaupun selepas saya dan anak kami meminta dia berhenti berbuat demikian, adalah melampau.


Pasangan itu berkongsi hak penjagaan terhadap dua anak, seorang lelaki berusia tujuh tahun dan perempuan, sembilan. Cotter berkata, dengan mereka pelbagai kegunaan pada pakaian berkenaan membantunya mengatasi trauma akibat perceraian.

“Ia mengurangkan kekecewaan saya,” katanya.


moral : sila jangan tinggal baju kahwin anda apabila anda sudah bercerai dengan pasangan anda. bukan hanya baju kahwin, tetapi apa-apa benda sekalipun. Ini kerana, kadang-kadang apabila kita melihat sesuatu kepunyaan pasangan akan membuat kan kita teringat kepadanya.jadi bagi mereka yang betul-betul kecewa dengan apa yang telah terjadi, mereka mungkin akan bertindak seperti artikel diatas. :)


No comments:

Post a Comment