Monday, December 21, 2009

RED AND WHITE!






jam sekarang menunjukkan pukul 10:33 mlm. angin sekarang, sepoi-sepoi bahase mintak aku mendapatkan katil, teddy, bantal dan gemokku. melayang-layang fikiran aku sekarang ni. bila aku dah naik katil, maka bergolek-golek lah aku untuk mencari mood tidur. tapi sayangnya.. nak ku tidur tapi mata aku taknak pejam. jadi, bila mata dah tak mampu nak melayan, maka terupdate lah blog aku nih. heee~~

blog.. blog.. ape lah yang aku nak merepek merapu meraban dekat kau kali ni ye..
hmmm.. fikir sera..fikirkann... *terus memikirkan sesuatu*
tiba-tiba... plingggggg...(kuar lampu mentol yang menyala kat atas kepale)

sekarang ni. tetiba aku memikirkan hal akak imal yang kawin 12/12 kak jb haritu. tak sangka. sanggup jugak aku ke jb semata-mata nak pergi kenduri kawin akak imal... hahahaha. seronok ke jb. ;) oke, aku bukan nak cerita pasal jb, sebabnya, aku pun tak sempat melawat jb tuh. aku sbnrnya nk bercerita tentang tema kahwin. yela, cuti ni ramai betul orang yang kahwin. tetiap minggu ade jek jemputan yang aku terima. ehh..bukan aku yang terima, bapak aku yang terima sebenarnya.. ehehehhe..

citer pasal kahwin nih.. macam-macam tema warna ade. ade warna biru, oren, puteh, pink, coklat. huhh.. macam-macam lahh.. bila aku tengok orang kahwin., aku tetiba plak terpikir.. ape warna tema aku nanti agaknya yew? hahaha

*pikir...pikir..pikir.. dan pikir..
memandangkan favourite color aku adalah merah dan putih.
aku rase warna yang akan jadi pilihan aku ialahhh.......

MERAH DAN PUTIH!

mari kita tengok ape maksud warna MERAH:

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

lihat pula apa maksud warna PUTIH:

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

maksud warna merah dan putih ni agak bersamaan sedikitlah dengan sikap aku. yep. memang aku garang, dengan sesiapa yang tak kenal aku lah. tapi sesiapa yang dah kenal aku. mesti kata aku periang. hahaha. *bajet-bajet jeh haku nih*
hmmmm. tapi kann.. kann.. bila dah ada boyfren, rasenya terserlah kot sikap aku yang ada pada maksud warna putih. iaitu CEMBURU! yep, aku memang kuat cemburu. so beware lah kepada sesiapa yang bakal menjadi "tteeeeetttt" aku. hahaha. cuma kalaw jelous tuu tak payah nak tunjuk sangat lah. nanti buat malu sendiri aje. hahaha.

oke. balek pada cerita asal. warna merah dan putih menjadi pilihan sebab itu warna kesukaan aku. ;)selain itu, aku nak ros putih dan ros merah menjadi hiasan masa wedding day nanti. tiba-tiba kann. rasa tak sabar plak aku nak naik pelamin. hahaha. takpe, tunggu dah berkerjaya, kerja tetap, dah cukup duit nak kahwin, dah ada rumah, dah ada kereta sendiri. ape lagi.. kahwin lahh.. hahahaha.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SEMUA YANG BAKAL BERSANDING MAHUPUN YANG BARU
BERSANDING. SEMOGA KEKAL BAHAGIA HENDAKNYA!

;)

No comments:

Post a Comment